ᴘᴇɴɢᴀʟᴀᴍᴀɴ 3.0
Assalamualaikum. Hai Wassup Guys!
Cerita kali ini berkisarkan tentang pengalaman Iz dalam perkhemahan.🌴 Dari sekolah rendah, Iz memang suka berkhemah. Seingat Iz, waktu darjah 4 Iz dah mula mengikuti aktiviti perkhemahan tapi di sekolah je lah😂
2009 - Perkhemahan Unit Beruniform di SK Bukit Mutiara

2010 - Perkhemahan di Gunung Pulai 2
![]() |
Sumber : Imej Google |
Jadi, untuk mencabar diri, Iz pun mengikuti perkhemahan di Gunung Pulai 2 masa darjah 5. Tempatnya sangat cantik yelah sebab kawasan hutan kan lepas tu ada air terjun. Cuma yang kurang bestnya, tempat tu sedikit keras dan ada haiwan liar.
Kali ni agak mencabar sebab kami diminta untuk memasang khemah sendiri di dalam hutan mengikut kumpulan masing - masing. Kemudian, masak pun menggunakan apa yang ada. Yang bestnya, aktiviti 'Night Walk'. Dalam banyak perkhemahan yang Iz pergi, inilah 'Night Walk' paling terbaik dan seram lah yang Iz pernah rasa. Bayangkanlah, kami perlu menutup mata dan pegang tali yang ada je. Dah lah Iz ketua kumpulan, lepas tu kena jalan depan sekali dan anak - anak buah kena pegang baju dan ikut di belakang. Masa tu dahlah Iz ni penakut. Ada ke suruh Iz jalan depan haih rasa nak terkencing je masa tu. Lepas tu, cikgu pisahkan dan letakkan sorang - sorang di tempat yang berbeza. Haih lagilah. Masa tu terdengar ada budak yang menangis hahaha kelakar je😂 Iz ingat lagi waktu malam kebudayaan tu. Kami buat persembahan tapi lampunya macam hidup segan mati tak mahu hahaha.
2011 - Kursus Kepimpinan di Tanjung Piai
![]() |
Sumber : Imej Google |
Perkhemahan ini pula, Iz sertai sebab masa tu Iz jadi Pengawas Perpustakaan. Tapi, perkhemahan ini berbeza sedikit sebab aktiviti yang dijalankan kebanyakannya di dalam dewan dan tempat tidur kami pula di dalam dorm. Aktivitinya pula lebih kepada kepimpinan, membuat pembentangan, mengasah bakat untuk berfikir dan bercakap di hadapan orang ramai dengan berani. Aktiviti 'Jungle Trekking' pula dijalankan di taman negara di Tanjung Piai.
2011 - Perkhemahan di Kem Kaizen, Pontian
Iz mengikuti perkhemahan ini waktu darjah 6. Tempatnya sangat best sebab bersih dan cantik. Aktiviti yang dijalankan pula, sangat mencabar dan seronok. Terdapat aktiviti lasak seperti merempuh halangan berair. Iz ingat lagi, memang basah pakaian sebab ada halangan yang membuatkan kami terjatuh masuk ke dalam air.

2014 - Perkhemahan TLDM di KD Sultan Ismail, Tanjung Pengerang
Perkhemahan kali ni memang bukan biashe-biashe. Sebab apa? Sebab kami dilatih oleh beberapa pegawai Tentera Laut DiRaja Malaysia. Aktiviti yang dijalankan juga sangat 'wow' lah katakan. Memang agak tegas tapi takde lah teruk.
Halangan yang dilakukan seperti panjat tembok, ' Monkey Rack', 'Tarzan Swing' dan macam - macam lagi semuanya sebiji seperti di PLKN. Aktiviti 'Night Walk' pula, kami masuk ke dalam hutan dan diminta untuk berjalan sorang - sorang. Jarak masa menunggu antara seorang peserta dan peserta yang lain adalah 2 minit. Dah lah seram sebab banyak dengar bunyi-bunyi pelik hahaha. Iz jalan laju gila sampai jumpa orang depan. Bukan penakut eh cuma mungkin orang depan tu jalan lambat sangat.😂
2016 - English-In-Camp Sanggar Serikandi Resort, Mersing
Perkhemahan ini pula di bawah kelolaan YPJ-OUM. Terdapat 5 sekolah yang terlibat. Perkhemahan kali ini lebih kepada pemantapan penggunaan Bahasa Inggeris. Dah nama pun 'English Camp' kannn. Banyak aktiviti dilakukan di dalam dewan dan aktiviti 'treasure hunt' dijalankan di seluruh kawasan kem termasuklah di tepi pantai. Sangat seronok sebab kita berkenalan dengan pelajar daripada sekolah lain. Lepas tu, kami tidur di dalam dorm yang berhadapan dengan pantai.
2018 - Perkhemahan di Kramsau, Kota Tinggi
Perkhemahan ini diadakan waktu Iz di Tingkatan 6. Tempatnya sangat cantik sebab berdekatan dengan kawasan pantai. Aktiviti yang dijalankan pula lebih kepada 'Kepimpinan'.
Aktiviti 'Jungle Trekking' pula, kami diminta membawa 1 barang penting sahaja sebab kami akan bermalam di kawasan hutan selama sehari. Sesampainya di hutan, kami diminta memasang khemah dan masak untuk makan malam menggunakan periuk besi, dan setiap kumpulan diberi beberapa ketul ayam, bawang merah, bawang putih, kunyit dan lain - lain. Kumpulan Iz masak ayam singgang. Sedap! siap ada yang bertambah-tambah hahaha. Hutan tu pula berhadapan dengan pantai dan memang sejuk terutamanya pada waktu malam. Keesokkan pagi, kami balik ke tapak perkhemahan dan bersiap untuk membuat persembahan serta mengemas barang untuk pulang.
![]() |
PESERTA, GURU DAN FASILITATOR |
2019 - Hari Interaksi Silat Gayong di Hutan Pendidikan Alam (HPA)
Mula - mula macam tertanya-tanya Hari Interaksi. Rupanya... Nama je Hari Interaksi tapi sebiji mcm perkhemahan hahaha. Inilah perkhemahan Iz yang pertama di universiti. Lagi yang membuatkan Iz terkejut, sesampai je di HPA, kami diturunkan di pintu hadapan dan perlu berjalan kaki mendaki bukit. Yang kelakarnya, banyak gila tahi lembu sepanjang perjalanan ke tempat perkhemahan. Terpaksa lah tahan bau. Tempat tidur kami pula beratapkan bumbung dan berlantaikan simen. Maknanya, kami tidak tidur di dalam khemah huhu. Kemudian, aktiviti 'Ice Breaking' pun dijalankan, iaitu aktiviti mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam gituww.
![]() |
Kami Kumpulan Parang |
Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada Parang, Pisau, Keris, Kerambit, Lembing, Cindai dan Sembat. Kami juga diminta untuk membuat bendera dan sorakan.
Kami bermain pelbagai permainan mengikut kumpulan masing-masing. Antara aktiviti yang dimainkan ialah Kapal bom, bawa bola ping pong menggunakan tali rafia ke dalam cawan, masuk dalam kertas A4, 'Saya sayang awak, awak sayang saya tak', Bom-bom, terbalikkan cawan, melukis peta UKM, dan macam - macam lagi! Pada waktu malam pula, terdapat aktiviti 'Night Walk' dan kami dibekalkan dengan 'Glow Stick' untuk masuk ke dalam hutan. Jujur Iz kata, ini kali pertama penganjur beri barang yang bercahaya bila aktiviti ini dijalankan. Selama ni tak pernah pun. Masuk jelah menonong gitu dalam hutan gelap gelita tu haa. Dan sepanjang Iz menyertai aktiviti perkhemahan, inilah kali pertama 'Night Walk' yang tidak menjadi sebab bila sampai giliran perempuan untuk masuk hutan, tiba - tiba hujan lebat. Jadi, kami terpaksa berpatah balik ke tapak perkhemahan. Lepas tak jadi tu, apalagi terus sambung tido lerrr.
![]() |
Hari Interaksi Silat di HPA |
Itulah antara perkhemahan yang Iz pernah pergi. Sebenarnya, ada je lagi perkhemahan yang Iz pernah pergi cuma tak berapa ingat hehe🙈 Tapi, aktiviti perkhemahan yang Iz pergi semuanya seronok walaupun ada perkhemahan yang Iz rasa macam terpaksa je pergi hahaha. Bertambahlah pengalaman Iz dalam perkhemahan ni yelah sebab setiap perkhemahan yang diadakan ada cara yang tersendiri kan? Cuma lepas ni, Iz nak cuba pergi perkhemahan di negeri lain pula. Insya-Allah impian suatu hari nanti 😍
Kepada anda semua belum pernah pergi berkhemah, cubalah! Serius sangat seronok! Bukan sahaja dapat menambah pengalaman, ilmu dan keseronokan tetapi dapat mengajar diri untuk lebih berdikari dan mengenal dunia luar✨ Yang dah pernah pergi berkhemah pula, teruskan dan terokai ya!
Bye guys! Assalamualaikum.
xoxo, Iz💛
Nice one Iz. saya dpt rasa awak sgt enjoy join camping just by reading your post.
ReplyDeleteGood experience btw. Yes, camping dpt mengajar cara2 ikhtiar hidup dan pengalaman yg sgt berharga yg boleh membentuk keperibadian kita.
Good job and keep it up!