๐ˆ๐ฅ๐ฆ๐ฎ ๐Ÿ.๐ŸŽ

Assalamualaikum. Hai Wassup Guys!


'Setiap apa yang kita pelajari itu ialah Ilmu'

Apa yang Iz pelajari? Sejak masuk universiti banyak benda baru yang Iz nak terokai tapi tak tahu kenapa rasa penat sangat dan masa macam tak cukup je hahaha taktahu lah buat apa sebenarnya๐Ÿ˜…

Perkara yang Iz belajar ialah salah satunya, Iz belajar silat. Tapi, ini bukan kali pertama Iz belajar seni mempertahankan diri.

Masa Tingkatan 1, Iz ada belajar taekwando. Tapi sekerat jalan je. Padahal yuran dengan duit baju dah bayar dah pun. Tapi tak habis belajar. Ini semua sebab malas nak pergi kelas tu hah. Kalau tak, sekarang ni mesti dah tali pinggang hitam hahaha ceh konfiden๐Ÿ˜

Sebenarnya, terdapat banyak jenis silat yang diamalkan di Malaysia. Tak silap Iz, terdapat lebih dari 300 jenis silat. Kalau nak tahu lebih lanjut, ๐Ÿ‘‰ LIHAT DI SINI ๐Ÿ‘ˆ

Silat yang Iz sedang belajar ialah SILAT SENI GAYONG MALAYSIA.


Pada awalnya, Iz tak terfikir pun nak masuk silat sebab Iz memang dah nekad nak masuk taekwando. Tapi, bila dah minta pendapat kawan - kawan dan tanya senior, mereka galakkan untuk masuk silat. Lagipun, kita kan orang Melayu, kalau bukan kita nak teruskan warisan dunia persilatan, siapa lagi yang mahu lakukan? Betul kannn?

Silat Seni Gayong Malaysia diasaskan oleh Almarhum Dato' Meor Abdul Rahman. Kehebatan beliau dalam bidang persilatan bukan calang - calang. Beliau sendiri telah dipanggil untuk menunjukkan kebolehannya di hadapan Paduka Seri Sultan Perak. Nampak tak betapa hebatnya beliau? Mesti anda semua tertanya - tanya, sejauh manakah kehebatan beliau ini. Kalau anda semua ingin tahu, bacalah sejarah Silat Seni Gayong ๐Ÿ‘‰  DI SINI  ๐Ÿ‘ˆTak rugi langsung!

Setiap kali habis latihan silat, Cikgu Idris, iaitu guru yang mengajar kami selalu menceritakan sejarah Silat Seni Gayong dan kisah Dato' Meor Abdul Rahman. Cikgu Idris merupakan antara pelajar yang dapat mempelajari ilmu silat dengan Dato' Meor Abdul Rahman. Bertuahnyaaa!

Dato' Meor Abdul Rahman
Sumber : Imej Google

Belajar apa? 

Macam - macam yang kami belajar pada setiap latihan yang diadakan tau! Latihan silat dilakukan pada setiap hari Rabu dan Khamis di Pusanika pada pukul 8:30 hingga 10:30 malam.
Pada minggu pertama, lebih kepada aktiviti suai kenal dengan Cikgu Idris dan ahli gayong kemudian minggu kedua barulah bermulanya latihan silat secara rasminya.

Memandangkan Iz baru belajar silat, jadi Iz bermula dengan bengkung kosong yang berwarna hitam.
Mula - mula, kami belajar Asas Gerakan I yang terdiri daripada :


  1. TUMBUK PINTAL TALI
  2. PANCUNG DAYUNG
  3. TUMBUK PINTAL TALI BERTAPAK
  4. LAMBUNG KEMUDI (TENDANG LURUS)
  5. TOLAK LINTANG (TENDANG JURING)
  6. TEBAR JALA

Sumber : Youtube
Disini, Iz sertakan video yang memudahkan anda semua untuk memahami Asas Gerakan I


Kemudian, kami belajar Gulungan 10 yang terdiri daripada :

  1. LAMBUNG KEMUDI KIRI
  2. TEBAR JALA KANAN
  3. TOLAK LINTANG KIRI
  4. PANCUNG DAYUNG KIRI
  5. TUMBUK BERTAPAK
  6. TOLAK LINTANG KIRI
  7. PANCUNG DAYUNG KIRI
  8. TUMBUK BERTAPAK
  9. TOLAK LINTANG KIRI
  10. DUDUK ANAK HARIMAU

Sumber : Youtube
Video Latihan Gulungan 10


Minggu yang seterusnya pula, kami belajar Asas Elakan I yang terdiri daripada :

  1. TANGKIS KUAK SISI DALAM
  2. TANGKIS BAWAH
  3. SANGGA LANGIT/TANGKIS ATAS
  4. KILAS DAYUNG TEBAR JALA
  5. MASUK LUAR TUMBUK PINTAL TALI
  6. ELAK DALAM
  7. JURING PELIPAT BALAS PANCUNG


Tak lupa juga, kami ada mempelajari pergerakan Bunga Tanjung yang merupakan satu-satunya seni tari dalam Silat Seni Gayong. Seni Bunga Tanjung ini sering dilihat dalam setiap persembahan ketika menyambut para VIP sebagai seri pembuka majlis, seni ini juga tersoroknya Pembuka Ibu Gerak dan Rahsia Tempur Gayong yang menjadi kunci segala buah dan gerak Gayong.

Sumber : Youtube
Video pergerakan seni Bunga Tanjung yang dilakukan satu per satu


Buat masa ini, itulah antara latihan yang baru kami pelajari. Seronok bukan? Kepada anda semua, cubalah untuk mempelajari ilmu persilatan tidak kisah apa jua jenis silat kerana keunikan silat ini mempunyai seninya yang tersendiri ✨



Oklah, itu sahaja yang Iz ingin kongsikan pada cerita kali ini pada anda semua. Iz akan ceritakan kisah yang lebih menarik pada post yang akan datang. Nantikan ya! ๐Ÿ˜˜


Bye guys! Assalamualaikum.
xoxo, Iz๐Ÿ’›


Comments

  1. Again, nice posting u have here.
    Penerangan yg sgt details dan terperinci.
    Good job and keep it up!

    ReplyDelete

Post a Comment