Assalamualaikum. Hai Wassup Guys!
Minggu lepas Iz ada beritahu yang Iz akan ceritakan perkara yang lebih menarik dan tidak disangkakan kan? 😝 Kali ni, Iz nak cerita PENGALAMAN yang Iz alami. Bagi Iz perkara ni memang Iz tak jangka sebab yelah kita mohon saja-saja je tapi tiba-tiba je boleh dapat! Masa tu Iz betul-betul terkejut beruk haa terus guna beruk kan hahaha sebab memang tak sangka lah ish betul-betul tak sangka serius tak sangka😂.
Mesti semua macam tertanya-tanya kan,
'Apa lah yang Iz nak cerita ni?'
'Iz tengah merepek pasal apa ni?'
Cerita ni takdelah gempak mana tapi bagi Iz, cerita ini menimbulkan seribu satu pertanyaan dan keputusan yang Iz perlu buat dalam masa yang singkat. Iz betul-betul dalam dilema pada waktu itu sama ada hendak pergi atau tidak. Lepas dapat keputusan apa yang Iz mohon tu, Iz tak tahu nak rasa apa. Terdiam. Terkelu. Terpaku. Iz rasa berat hati nak pergi tapi dalam masa yang sama perasaan teruja dan seronok tu ada sebab akan dapat pengalaman baru yang tak semua org lain boleh dapat.🌸
Haaa cuba lah semua teka apa yang Iz nak cerita ni, kalau betul, Iz belanja gula-gula fruit plus 20 sen kat kedai runcit depan rumah hahahah ok takdelah Iz gurau je.
Ok sebenarnya, perkara yang Iz tak sangka tu ialahhhhhhhh.......
IZ DAPAT MASUK PLKN! ✨

Serius cakap masa tu Iz betul-betul tak sangka. BETUL-BETUL TAK SANGKA TAU. Mula-mula tu, waktu nak habis sekolah jugaklah, cikgu ada bagi borang untuk menyertai PLKN ni. Jadi, Iz pun isi lah borang tu dengan beberapa orang kawan dan Iz pun hantar. Waktu tu, Iz memang tak jangka apa-apa pun sebab mungkin ramai yang mohon dan rasa diri ni tak layak pun dapat masuk. Saja-saja je isi. Beberapa bulan kemudian, bila dapat tahu keputusan Semakan Penempatan Pelatih PLKN Siri 14/2017 dah keluar tu, Iz cuba je lah periksa secara online dengan tiada pengharapan akan dapat pun pegi PLKN tu. Tapi hati ni 'dup dap dup dap' jugak. Sekali lepas tengok tu, Iz dapat masuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selama 2 bulan! Pehhh 2 bulan beb, terdiam jugak lepas tu tapi sekejap je sebab selebihnya Iz hanya mampu gelak ha ha ha!🌝

Nasib baik lah Iz dapat tempatnya di Kem PLKN PTH Padang Hijau, Kluang, Johor je. Dekat lah jugak dari JB ke Kluang kan? Alhamdulillah. Tapi yang tak bestnya masuk PLKN ni tak boleh balik rumah kecuali ada hal mustahak. Kiranya dua bulan lah duduk PLKN tu, sendu pulak Iz masa tu yelah Iz tak pernah pun jauh dengan keluarga lama macam tu. Dulu, waktu Iz Tingkatan 1, Iz masuk asrama dekat Mersing je pun tapi hari-hari telefon abah asyik cakap nak balik. Kesudahannya, abah Iz ambil Iz bawa balik rumah. Seminggu je beb dekat sekolah asrama tu. Kelengkapan dan keperluan masuk asrama semua dah beli masa tu. Hahaha ntah apa-apa perangai Iz ni. Itu baru seminggu hm ini pulak 2 bulan kat sana haih hati ni rasa tak sanggup. Dahlah tak boleh balik tapi nasib baik lah keluarga boleh melawat setiap minggu.
 |
Hi! Inilah Nad |
Ok sambung cerita balik. Lepas Iz tahu yang Iz dapat pergi tu, Iz terus tanya kawan-kawan sekelas yelah manelah tahu ramai dapat pergi sebab rasanya masa tu macam ramai kawan Iz yang isi borang tu. Hm sekali rupanya seorang je kawan Iz yang dapat, namanya Nad. Yang lain tu rupanya tak hantar pun borang pegi PLKN tu walaupun dah isi. Hahaha kurang asam masing-masing. Nad ni pulak kiranya kawan baik Iz sebab dah kenal daripada sekolah rendah sampai sekolah menengah lepas tu dapat PLKN pulak sama tempat. Rasa beruntung lah juga masa tu ada kawan daripada takde kan ok lah walaupun seorang je. Waktu tu, orang kata lah kan tak boleh tolak kalau dah dapat tawaran pergi PLKN tu. Kalau tolak, kene masuk penjara lah, bayar denda lah, macam-macam lagi lah orang kata. Kiranya macam wajib pergi PLKN tu lah. Masa tu, Iz dengan Nad tu percaya jelah. Bila teringat balik, rasa diri ni bengong sebab percaya kata orang yang ntah sapa-sapa bagitahu tu hahaha😂

Masa tu, Iz macam tak yakin yang Iz nak pergi. Tapi ntahlah, tiba-tiba ada perasaan nak cuba benda baru, nak cabar diri, nak padamkan rasa takut, cuba untuk yakin diri waktu tu. Jadi, Iz pun tekan lah butang 'Hadir' untuk membuat pengesahan kehadiran. Redha juga lah masa buat keputusan tu antara nak atau tak hahaha. Iz ada tanya juga kawan-kawan yang lain rupanya ramai juga yang dapat tapi kebanyakan tak pergi dan dan dan mereka tu takde pula kena denda ke apa kalau tak pergi PLKN. Hahaha sabo jelah bila dapat tahu😒 Takpelah, Iz pasrah je masa tu. Selain Nad, ada lagi seorang kawan Iz yang pergi PLKN tapi dia lelaki lah, namanya Nabil. Nasib baik, ada lah juga kawan nak pergi sana. Punya lah berat hati nak pergi, sehingga kan Iz kemas barang-barang semua di saat akhir hahaha.
Pada 18 Mac 2017, pelatih PLKN Siri 14/2017 kumpulan pertama perlu melapor diri. Bayangkan lah kena pergi PLKN dua hari lepas keluar keputusan SPM😂 Isi UPU pun tak sempat tau hahaha. Mula-mula Iz, Nad dengan Nabil berkumpul di Stadium Hoki, Taman Daya untuk naik bas ke Kem PLKN. Masa tu kan, abah hantar naik bas. Alahai sayu je rasa waktu tu. Nak nangis tapi tahan je air mata ni. Lepas tu, ada kawan-kawan yang teman hantar sampai naik bas, iaitu Alin dan Jiha. Terharu ada member teman hantar pegi PLKN😭


Dalam beberapa jam lepas tu, sampailah di Kem PLKN PTH Padang Hijau. Iz terkejut sebab tempat tu memang cantik dan bersih! Serius cakap lagi-lagi pemandangan dia memang cantik sebab banyak pokok-pokok dan kawasannya luas. Rasa menyesal tak ambil gambar banyak-banyak masa tu hm. Kalau tak, boleh masuk kan dalam cerita kali ni. Sesampainya di sana, kami terus mendaftar dan akan dapat no.ID, dorm dan kompeni. Terdapat 4 Kompeni, iaitu Alpha(Merah), Bravo(Biru), Charlie(Kuning) dan Delta(Hijau).
 |
Contoh bendera setiap kompeni |
Nak tahu tak Iz dapat kompeni apa? dan apa aktiviti-aktiviti yang dilakukan di PLKN?
Kalau nak tahu, nantikanlah post Iz yang akan datang. Tunggu ya! 😘
Bye guys ! Assalamualaikum.
xoxo, Iz💛
 |
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA |
Salam Iz,
ReplyDeleteTak tau pula sy selama ni kne apply nk masuk PLKN :D
Anyway, bagus penyampaiannya. cuma saya rasa posting kali ni agak panjang skt.
Maybe boleh simple kan skt ayat so that org tak hilang pace or bosan bila baca.
Good job Iz like always. keep it up!