๐ฒ๐ฎ๐ณ๐ฆ๐น 2.0?
Assalamualaikum. Hai Wassup Guys!
Haaa memandangkan minggu lepas Iz dah janji nak ceritakan minat Iz yang lain, jadi meh ler kita teruskan๐
Ok, dalam post yang lepas penat Iz berceloteh pot..pet..pot..pet..tentang minat Iz dalam mengumpul dan membaca buku.
Jadi, jadi, jadi haa hari ni Iz nak semua teka pula apa minat Iz kali ni hahaha. Ok, cer teka apa minat Iz?
'Salah'
'Salah'
'Salah'
Semuanya salah teka hahaha apa ni? ๐
Jawapannya ialah JENG ... JENG ... JENG
MELUKIS & MEWARNA๐๐จ
Iz memang minat melukis sejak dari tadika lagi. Dulu, Iz memang rajin masuk pertandingan mewarna lah melukis lah sebab Iz suka. Tapi, Iz bukannya reti sangat pun melukis dan mewarna ni huhu lukisan pun buruk je memanjang hm tapi apa Iz kisah hahah lagipun Iz buat benda yang Iz suka. Cuma bila dah besar ni, tak pernah masuk pertandingan lagi sebab kurang keyakinan diri ๐
Masa Tingkatan 4, Iz ada ambil subjek seni. Dari situlah Iz belajar melukis dan mewarna dengan lebih mendalam. Walaupun tak reti melukis, mewarna tapi gigih juga nak buat hahaha. Takpelah, buruk pun buruk lah, yang penting JANGAN PERNAH PUTUS ASA!
Alhamdulillah, waktu keluar keputusan SPM rasa bersyukur sangat sebab subjek seni dapat A. Yeayyyy! kiranya tak sia-sia lah usaha Iz praktis melukis dan mewarna dulu. Bila sambung Tingkatan 6 pula, Iz pun ambil subjek seni. Banyak buat latihan dan setiap minggu belajar benda baru. Contohnya, minggu ni belajar melukis guna kaedah hatching, cross-hatching, pointilisme. Minggu depan pula, buat perekaan maksudnya daripada kacang kita hasilkan reka bentuk botol air, daripada serangga kita hasilkan reka bentuk beg dan macam-macam lagilah. SERONOK! Sebab tak stress dan semua enjoy je. Boleh dengar lagu, berbual, bercerita sambil melukis haa gituuu๐
Tapi sekarang, jarang dah ada masa nak melukis ke mewarna ke hm sedih๐ yelah dah sibuk dengan belajarnya dengan tugasannya dengan aktiviti-aktiviti yang tak pernah habisnya hahaha. Takpelah, Insya-Allah kalau ada masa Iz akan sambung melukis lagi (walaupun tak berapa cantik hahah takpelah yang penting kene konfiden uollss๐) Iz pun masih dalam proses belajar macamana nak lukis potret, warna pemandangan guna cat air, cat akrilik, lukis anime, buat doodle dan banyak lagi lah. Hahaha semua benda Iz nak cuba buat.

Ok, dalam post yang lepas penat Iz berceloteh pot..pet..pot..pet..tentang minat Iz dalam mengumpul dan membaca buku.
Jadi, jadi, jadi haa hari ni Iz nak semua teka pula apa minat Iz kali ni hahaha. Ok, cer teka apa minat Iz?
'Salah'
'Salah'
'Salah'

Jawapannya ialah JENG ... JENG ... JENG
MELUKIS & MEWARNA๐๐จ


Cuma bila ambil subjek seni ni, Idea tu kena lah membuak-buak, melimpah-limpah sampai termuntah-muntah pun tak apa yang penting idea tu relevan, bernas dan kreatif. Kalau orang yang tak minat seni ni, disarankan untuk TIDAK mengambil subjek seni hahaha. Sebab apa? Sebab subjek ni, bila kita melukis dan mewarna, semuanya tu dilakukan datangnya dan lahirnya dari keikhlasan hati. Cewahhh! Hahaha. Kalau hati tak rela haa tak menjadi lah lukisan tu jawabnyaaa ๐
Biasanya Iz melukis bila ada waktu lapang, bila tiba-tiba datang mood nak melukis, bila tengah gembira dan bila tengah sedih-sedih pehhh terus menjadi lukisan tu terus lawo pehhh hahaha series mungkin sebab tengah emosi jadi sambil melukis tu sambil melayan perasaan hahaha๐


Lukisan ni semua antara hasil tangan Iz. Iz melukis, mewarna sebab memang Iz minat. Bagi Iz, bila lukisan tu dah siap ianya satu kepuasan pada diri. Mula-mula lukis tu memang rasa buruk, tak menjadi tapi nanti hasilnya memang cantik cuma kena banyakkan bersabar jelah. Lagi satu, melukis dan mewarna ni dapat membantu menenangkan fikiran dan hati tau sebab kita mengekspresikan emosi melalui lukisan. Jadi, melukislah mewarnalah! ๐
Seni itu abstrak. Selagi namanya seni, kecantikannya hanya dapat difahami oleh individu yang memahami & mendalaminya sahaja.
Setiap orang ada minat yang tersendiri, tak kisahlah apa minat anda semua, yang penting kita tak stress, rasa seronok dan sentiasa enjoy dalam melakukan aktiviti yang kita minati! ๐
Oklah , cukup setakat ini sahaja perkongsian minat Iz pada kali ini. Banyak sangat Iz pot..pet..pot..pet harini hahaha! Iz akan kongsikan minat Iz yang lebih menarik pada post yang akan datang! Nantikan ye.
Bye guys! Assalamualaikum.
xoxo, Iz๐
Salam Iz,
ReplyDeleteorang seni rupanya. ni mesti dlm hati ada taman ni :D
good job. gaya penulisan begini sgt byk dipraktikkan dalam blog sbb seolah2 bercakap dgn audience depan mata.
Well done and keep it up ya!
Wasalam Puan,
DeleteHehe ada taman ada juga bunganya hahaha
Alhamdulillah terima kasih, Puan.