๐Ÿ‡ฒ​๐Ÿ‡ฎ​๐Ÿ‡ณ​๐Ÿ‡ฆ​๐Ÿ‡น 3.0?

Assalamualaikum. Hai Wassup Guys!


Alhamdulillah, diam tak diam dah banyak jugak Iz menulis dekat blog ni. Ish, tak sangka betul Iz ada bakat menulis walaupun ntah ape-ape yang Iz cerita hahaha bangga kejap dengan diri sendiri (masuk bakul angkat sendiri pulak๐Ÿ˜)
Ok hari ini Iz nak cerita tentang minat lagi HAHAHA. Mesti semua macam,
'Eleh asyik cerita minat je, bosan lah'
'Bukan best pun minat si Iz ni'
'Tak ada cerita lain ke'
'Bla..bla..bla..'
Alaaaa geng, relax lah. Minggu depan Iz cerita pasal benda lain pula eh, yang lagi menarik punya, boleh? Kalau tak boleh pun, bolehkan jelah eh eh? Hehehe ๐Ÿ™ˆ

Minat Iz kali ini bukan biashe-biashe tauuu hahaha. 
Semua boleh bayangkan ke? 
Iz pun tak percaya Iz minat benda-benda macam ni sebab Iz ni jenis pemalu sikit (malu-malu kucing gituuu)
Haa semua pun tak boleh bayangkan apa minat Iz kali ni, tahu dah๐Ÿ˜‚ Iz sebenarnya minat JENG..JENG..JENG


MENARI, MENYANYI & BERLAKON ๐ŸŽฌ๐ŸŽญ

Bole Chudiyan
Kelakar kan? HAHAHA. Iz suka dan minat buat persembahan. Saje nak cungkil bakat hahaha.
Dari tadika, Iz dah buat persembahan untuk konvo. Masa tu, kali pertama Iz menari lagu bollywood, 'Dhoom Machale Dhoom' Teruja betul masa tu yelah mula-mula menari dengan pakaiannya bersinar-sinar, berkelip-kelip, berlip lap lip lap hahaha mcm retis gitchuw. ✨
Lepas itu, bila masuk sekolah rendah lagi lah Iz bergiat aktif. Iz buat persembahan nasyid (nyanyi ramai-ramai lah kan kalau Iz seorang yang nyanyi alamatnya kelaut lah๐Ÿ˜) untuk Majlis Sambutan Hari Raya, Sambutan Maulidur Rasul, Hari Kemerdekaan dan macam-macam lagi.

Ulek Mayang
Tapi, paling best masa darjah 6 kena buat persembahan waktu Majlis Anugerah Cemerlang. Iz terlibat dengan dua persembahan, iaitu Bollywood lagu 'Bole Chudiyan' dan 'Ulek Mayang'  Memang penat nak bagi komitmen untuk dua persembahan yang akan berlangsung pada hari yang sama tapi rasa puas bila tengok hasilnya dan rupanya seronok juga menari ni.

Paling Iz tak boleh lupa dan Iz rasa kelakar, masa buat persembahan tu, ustazah-ustazah dah pandang-pandang, jeling-jeling hahaha almaklumlah masa tu kami ni nakal-nakal lepas tu menari pulak hm memang kene pandangan maut lah nampak gayanya. Takpelah, sekali sekala lepas tu dah insaf dah๐Ÿ™Š Sekarang, bila jumpa kawan-kawan sekolah rendah mesti rasa kelakar bila cerita balik zaman-zaman kegemilangan dulu hahaha lepas tu masing-masing gelak tak ingat dunia. Haih, rindunyaaa๐Ÿ’›

Bicara Berirama - Hari Guru

Bila masuk sekolah menengah pula, Iz pun masuk bicara berirama, cuba menyanyi, berlakon. Banyak belajar benda-benda baru yang dulunya Iz taktahu langsung terus jadi minat nak buat walaupun ada perasaan malu-malu.

Choral Speaking Competition
Masa Tingkatan 4, Iz masuk bicara berirama dan buat persembahan untuk Hari Guru, menyanyi sambil main cup masa Hari Persaraan Guru dan macam-macam lagi. Lepastu, masuk pertandingan bicara berirama dalam Bahasa Inggeris di bawah program oleh YPJ-OUM dan dapat tempat pertama dalam daerah. Tak sangka langsung sebab saingan pun hebat-hebat. Alhamdulillah rezeki waktu tu dan semangat kawan-kawan ๐Ÿ’ช Tingkatan 5 pula, berlakon pula dan msuk pertandingan program YPJ-OUM dan menang tempat pertama juga. Mungkin sebab pelakon-pelakon utama dia kelakar, terlalu menjiwai watak dan jalan cerita yang bagus kot๐Ÿ˜‚

Muka-muka riak bila menang hahaha
Masa Pertunjukan Fesyen Hari Keusahawanan kat sekolah pun, Iz terlibat dengan tarian lagu 'Bole Chudiyan' juga. Paling kelakar bila persembahan dah mula, Iz dengan seorang kawan Iz boleh pula berjalan-jalan kat gerai cari makanan sebab lapar. Tiba-tiba, ada seorang budak ni panggil, cakap persembahan dah mula. Lintang-pukang kami berlari masuk dewan. Masuk-masuk je lagunya dah separuh lepas tu orang ingat kami buat gimik padahal masa tu lambat masuk๐Ÿ˜‚ Aduii kelakar pula bila teringat waktu tu tapi nasib baik sempat menari.


Drama Competition

Tarian Zapin
Tingkatan 6 pula, Iz cuba menari zapin. Seronok! Pergerakannya alahai lemah gemalai. Masa tu, kami siap pergi 'berguru' dengan cikgu sekolah lain sebab nak belajar tarian zapin ni. Yelah masing-masing tak ada asas tarian ni dan tiada cikgu yang boleh ajar.

Lepas itu, masa 'Festival of Arts' (FOA) ada Drama Competition, Iz ada berlakon jadi watak orang jahat lah, watak hantu jahat lah, yang pelik-pelik semua Iz buat. Kiranya macam watak antagonis memang sesuai kot dengan Iz hahaha๐Ÿ˜† Tapi sayangnya, tak menang. Tak ada rezeki untuk menang walaupun persembahan kami paling kelakar ( HAHAHA konfiden sangat) Takpelah, yang penting kami enjoy setiap detik yang berlaku, dari mula latihan sampai habis persembahan. Kenangan tu memang takkan dapat dilupakan, takkan sama dan takkan tergantikan๐ŸŒˆ Iz rasa seronok dan bersyukur sebab jadi insan yang terpilih untuk melalui dan merasai pengalaman yang indah ini. Yelah, tak semua orang dapat rasa pengalaman macam ni kan? Betul kan?

Drama Competition - FOA

Drama Competition - FOA
Seram kan gambarnya? Hahaha tak payah cari lah Iz yang mana satu๐Ÿ˜‚ Dah lah kena make-up buruk masa ni tapi takpelah Iz redho je yang penting SERONOK OK! Eh, tapi kan series seronok tau buat seni persembahan ni. Lagi- lagi bila kita stress belajar, dengan ada ujian lagi, perkara-perkara macam ni lah buat kita lupa sebentar kesibukan belajar semua tu. 

Dimana ada persembahan, disitulah Iz akan cuba masuk hahaha. Lagipun, Iz memang minat menari, menyanyi dan berlakon semua ni. Jadi, rasanya tiada masalah bagi Iz untuk terlibat dalam persembahan cuma kena banyak menimba ilmu, kurangkan rasa malu dan asah bakat lagi hehe. Perancangan Iz lepas ni, Iz rasa nak cuba benda baru macam mengacara pula HAHAHA. Tinggi angan-angan ni๐Ÿ™ˆ Iz sebenarnya suka bercakap lagi-lagi kalau dapat pegang mikrofon hahaha memang ngam sangat lah tu. Jadi, yeah begitulah. Harap-harap ni bukan angan-angan mat jenin lah hahaha. Doakan Iz ye!

 Jadi, pada pembaca semua teruskan lakukan minat anda semua dan cuba lah terokai benda baru, cabar diri dan jangan duduk di tempat yang sama! Keluar dari zon selesa dan berseronoklah ye!๐Ÿ’ƒ

Oklah, itulah minat Iz kali ni. Menarik kan? ๐Ÿ˜œ Haa, asyik Iz je yang cerita tentang minat Iz. Apa kata anda semua pula kongsikan minat masing-masing dan ceritakan pada Iz, boleh kan? Setakat ini sajalah perkongsian Iz hari ini. Iz akan ceritakan perkara yang lain, yang lebih menarik dan anda tak sangka pun pada post yang akan datang. Tunggu dan nantikan ye!

Bye guys! Assalamualaikum.
xoxo, Iz๐Ÿ’›






Comments

  1. Salam Iz,
    Based on your post i could see that you are very active since your kindie.
    Good job Iz. As a students need to explore and learn new things around us.
    Cuma jgn belajaq benda tak elok dah la kan..
    Please continue doing so now. I believe there are plenty more chances that you could learn here in UKM.
    You just need to smart in time management ok. Jgn sampai assignment tak siap sbb sibuk buat benda lain dah. study is always need to become your 1st priority.
    Anyway, good content, simple and nice language you are using here.
    with some illustration also. but maybe you could change gambaq beruang tu bosan jugak asyik muka dia je :D
    Keep it up!

    ReplyDelete

Post a Comment