๐ˆ๐ฅ๐ฆ๐ฎ ๐Ÿ.๐ŸŽ

Assalamualaikum. Hai Wassup Guys!


Huh, sejak balik dari cuti 'study week' ni, memang rasa agak sibuk aiyoo๐Ÿ˜ต Dengan peperiksaannya, kuliah, projek berkumpulan, sekreteriat, report, citra dan macam-macam lagi! Fuh, sekarang dah mula rasa suasana kehidupan di dunia universiti dan yah agak menarik...menarik lah mungkin hahaha๐Ÿ˜œ



Dalam kesibukan yang tiada penghujungnya ini, Iz tetap nak cerita tentang apa yang Iz belajar dalam kelas Aplikasi Komputer. Mula-mula masuk kelas ni, Iz tertanya-tanya apa lah yang kita nak belajar dalam kelas komputer ni❓ 
Rupanyaaaaa, banyak sangat ilmu mengenai teknologi maklumat yang dapat dipelajari di kelas ni. Antaranya, belajar tentang komponen dan fungsi komputer, Microsoft Word, Mail Merge, Excel, Powerpoint Presentation, Access dan banyak lagi lah! Seronok sebab dapat belajar benda baru yang selama ni kita tak pernah tahu pun๐Ÿ˜

Jadi, hari ini Iz nak tunjukkan serba sedikit apa yang Iz belajar, iaitu Microsoft Excel. Banyak fungsi Microsoft Excel yang Iz belajar. Antaranya ialah :




1) PROPER
PROPER : Dalam satu perkataan, hanya huruf pertama huruf besar

FORMULA, =PROPER(HIGHLIGHT TEXT) 
CONTOH , =PROPER(Perodua)




2) UPPER
UPPER : Dalam satu perkataan, semua huruf dalam huruf besar

FORMULA, =UPPER(HIGHLIGHT TEXT)
CONTOH, =UPPER(Perodua)




3) LOWER
LOWER : Dalam satu perkataan, semua huruf dalam huruf kecil.

FORMULA, =LOWER(HIGHLIGHT TEXT)
CONTOH, =LOWER(Perodua)




4) LEN
LEN : Panjang satu perkataan

FORMULA, =LEN(HIGHLIGHT TEXT)
CONTOH, =LEN(Perodua)




5) LEFT
LEFT : Huruf paling kiri (tapi boleh buat perkataan ke-berapa dari kiri)

FORMULA, =LEFT(HIGHLIGHT TEXT,NUMBER CHARACTERS)
CONTOH, =LEFT(Perodua,3)




6) RIGHT
RIGHT : Huruf paling kanan (boleh buat perkataan ke-berapa dari kanan)

FORMULA, =RIGHT(HIGHLIGHT TEXT,NUMBER CHARACTERS)
CONTOH, =RIGHT(Perodua,3)




7) MID
MID : Huruf yang berada di tengah-tengah (boleh buat perkataan ke-berapa di tengah)

FORMULA, =MID(HIGHLIGHT TEXT,START CHARACTERS,NUMBER CHARACTERS)
CONTOH, =MID(Perodua,3,3)




8) CONCATENATE
CONCATENATE : Menggabungkan 2 perkataan dalam satu cell 

FORMULA, =CONCATENATE(HIGHLIGHT TEXT1,HIGHLIGHT TEXT2)
CONTOH, =CONCATENATE(PERODUA,7)




9) FIND
FIND : Kedudukan huruf dalam perkataan (tak kisah nak huruf a, b, c ke dan lain-lain)

FORMULA, =FIND("find text",HIGHLIGHT TEXT,START NUMBER)
CONTOH, =FIND("a",Perodua,1)



10) SEARCH
SEARCH : Sama macam 'FIND' tapi tak sensitif

FORMULA, =SEARCH("find text",HIGHLIGHT TEXT,START NUMBER)
CONTOH, =SEARCH("a",Perodua,1)



11) REPLACE
REPLACE : Menggantikan perkataan baru (boleh pilih untuk ganti dari huruf ke-berapa)

FORMULA, =REPLACE(OLD TEXT,START NUMBER,NUMBER CHARACTER,"new text")
CONTOH, =REPLACE(Perodua,5,3,"tiga")





Itulah sedikit sebanyak yang Iz dapat kongsikan dengan anda semua. Anda semua boleh gunakan semua formula yang ditunjukkan dalam Microsoft Excel. Lepas ni tak perlu lah nak tukar data tu satu-satu sebab bila guna formula tu, boleh terus tukar semua data yang anda nak haaa kan mudah gituuu! Cuma jangan lupa ya letak '=' sebelum guna formula tu.


 Sebenarnya banyak lagi fungsi dalam Microsoft Excel ni dan ada yang lagi rumit dan susah. Tapi, payah sikit lah nak terangkan dalam Bahasa Melayu kan๐Ÿ˜‚ Mana yang dah tahu banyak formula dan cara menggunakan Microsoft Excel ni, anda semua memang terbaik lah sebab bukan mudah. Iz yang belajar ni pun memang rasa hm taktahu lah nak rasa apa hahaha. Tapi, alhamdulillah pensyarah ajar memang faham sebab penerangan yang diberikan memang terang dan jelas. Bila kami tak faham, beliau akan ulang semula dari mula๐Ÿ’• cuma tu lah kadang-kadang banyak yang Iz lupa hahaha๐Ÿ˜‚



Oklah itu saja yang Iz nak kongsikan pada post kali ini. Jangan stress dan pening pulak tengok post kali ini banyak warna warni hahaha. Jumpa lagi pada post yang seterusnya ya! ✨



Bye guys! Assalamualaikum.
xoxo, Iz๐Ÿ’›













Comments

  1. Salam Iz,
    You should share the one like index match and vlookup..or IF formula. do it in the next post ok? ;D
    Anyway good job. clear explanation completed with illustration. Good one.
    Keep it up!

    ReplyDelete

Post a Comment