๐๐ฅ๐ฆ๐ฎ ๐.๐
Assalamualaikum. Hai Wassup Guys!
Apa lagi eh yang Iz belajar kat universiti ni ? ๐ค
Haa Iz nak cerita tentang CITRA. Bila masuk universiti, ada citra yang kita kena ambil sebagai tambahan untuk menaikkan pointer dan tambahan untuk memantapkan ilmu juga. Kiranya citra ni mcm kokurikulum, cuma kat sekolah biasanya panggil koko kan๐ Biasanya, memang banyak citra yang ditawarkan kepada para pelajar. Ada citra fakulti, kolej, bebas dan lain-lain.


Haa apa itu tarian kontemporari? ๐๐ป๐บ๐ป
Secara ringkasnya, tarian ini merupakan tarian yang tidak terhad kepada satu set teknik khusus dan sentiasa berubah kerana ianya meliputi pelbagai jenis genre, irama, bentuk dan persembahan. Dianggap juga sebagai tarian abstrak. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh lah tengok di blog ini๐๐ป TEKAN SINI TAU!
Jadi, Iz pun pergi ke Kelas Tari Kontemporari yang dijalankan pada setiap hari Khamis pukul 6 petang. Waktu mula - mula kelas, kami diminta untuk menari tarian daripada Sabah sebagai penilaian pada akhir semester nanti. Tapi, tengoklah gaya kami menari. Hahahaha kelakar pun ada๐ Bagi Iz yang amatur ni Iz rasa tarian dan lagunya laju betul.
Tapi syukur lah dalam beberapa minggu lepas, tarian ditukar pula kepada tarian Blackpink lagu Ddu Du Ddu Du versi remix✨. Hahaha kerlasss kauu jahhh menari lagu kpop๐ Jadi, kami pun fokus kepada tarian ini je. Macam ni lah gaya kami menari. Ni belum habis lagi koreografinya jadi separuh je videonya. Berterabur jugak hahaha tapi takpelah awal lagi biasalah belum sempurna lagi๐
Tapi yang menariknya, bila dah masuk seni tari ni kan, didatangkan pula dengan pakej Kelab Aadyamatra๐. Kelab ini adalah untuk semua pelajar yang mengambil tarian tak kisah lah jenis tariannya. Maksudnya dalam kelas ini, senior akan ajar pelbagai jenis tarian yang berlainan. Menarik kan? ๐คฉ
TARIAN INANG
Sumber : Youtube
Iz ingat lagi masa mula-mula kelas dulu, kami belajar tarian inang. Haa macamtu lah rupa tarian inang. Lembut benor lah. Lenggok sana lenggok sini alahai ayunyaaa. Iz rasa masa tu badan Iz mengalami 'dance shock' hahaha, Memang kayu lah Iz menari๐ Tapi takpelah benda boleh belajar, ye kannn?
TARIAN JOGET
Sumber : Youtube
Kelas yang seterusnya pula, kami belajar tarian joget pula. Tak mudah ye nak menari sebab perlu selaraskan kaki dengan tangan mengikut rentak. Kalau guna kaki kanan, tangan pula kiri haa macam gitu lah contohnya. Tu kalau salah gerakan tu alamatnya macam robot lah menari๐
Itu sajalah cerita Iz pada kali ini. Iz berharap dapat belajar lebih banyak tarian semasa mengikuti kelas dan kelab ni. Tapi kan bila fikir balik, Iz rasa kelakar tau๐ Sebab apa? Sebabnya Iz belajar silat gayong yang memang agak ganas sikit (yelah ada tumbuk, sepak tu semua) tapi pada masa yang sama Iz belajar tarian yang lemah gemalai semua ni hahaha. Tak boleh bayangkan hahaha. Cuma apa yang penting ialah Iz rasa keseronokan dalam mempelajari sesuatu tu. Barulah rasa semangat nak buat sesuatu. Betul kan kan kan?๐น
Haa semua, ambillah peluang untuk belajar sesuatu yang lain daripada yang lain. Tak rugi pun. Dapat tambah ilmu dan seronok dapat tahu benda baru tau. Oklah itu sahaja yang Iz nak kongsikan kali ini. Jumpa nanti ya! ✨
Bye guys! Assalamualaikum.
xoxo, Iz๐
Terhibur saya tgk video kelas tarian awak :D
ReplyDeleteYes i agree, we should explore the knowledge as much as we could. Selagi kita masih hidup ni. Ingat Allah firman ilmu Dia yg diberikan di dunia ini nilainya hanya setitis air shj dari semua lautan di muka bumi ini.
So, keep it up!
Good job!