๐๐ผ ๐ฐ๐ฆ๐ ๐ฃ.๐ข
Assalamualaikum. Hai Wassup Guys!
Sedar tak sedar, sudah hampir 3 bulan Iz menyambung pengajian di menara gading. Terasa pantas masa berlalu⏳ Iz harap tidak terlambat lagi untuk Iz menceritakan Kehidupan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)!
Sumber : Youtube
Haa inilah persekitaran dan suasana di Universiti Kebangsaan Malaysia. Salah satu sebab Iz memilih universiti ini kerana pemandangannya yang sangat indah dan nyaman dilihat๐ด (walaupun masa nak pilih universiti tu, tengok tempatnya kat dalam Youtube je hahaha๐)
2 September 2019
Merupakan tarikh bersejarah bagi Iz kerana pertama kali menjejakkan kaki ke universiti. Yelah sebelum ni daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 belajar di sekolah aje๐
๐Hari ini merupakan hari pendaftaran pelajar Tahun 1 Sesi 2019/2020 di UKM. Iz sekeluarga bertolak dari Muar pada pukul 8 pagi dan tiba pada pukul 11 lebih pagi di UKM, Bangi ๐ Terasa debaran sewaktu tiba di pintu masuk UKM. Bercampur baur perasaan di hati ini. Teruja ada sebak pun ada. Teruja sebab tak sabar nak teroka tempat baru, sebak pula sebab nak tinggalkan mama, abah, rumah, adik-adik huhu. Yelah sebelum ni, duduk bawah ketiak mama dengan abah je mana pernah pergi jauh-jauh macam ini๐
![]() |
Di pintu masuk UKM๐คฉ |
![]() |
Barang penuh dalam bonet kereta๐ |
Kami dikehendaki untuk membuat pendaftaran di kolej masing-masing dan perlu memarkir kenderaan di Dewan Gemilang sebelum menaiki bas untuk ke kolej. Ini bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas berlaku di kawasan kolej. Jadi, kami bawa lah barang-barang menaiki bas dan turun di kolej.
![]() |
KOLEJ KERIS MAS๐ฏ |
Cer teka Iz dapat kolej mana? Haa semestinya lah Kolej Keris Mas (KKM) Aummm๐ฏ . Kolej ini merupakan kolej kedua terbesar selepas Kolej Pendeta Za'ba. Iz rasa bersyukur sebab kolej ni memang menyediakan banyak kemudahan yang tak semua kolej ada.
Antaranya ialah kafeteria☕, Mycafe (buka 24 jam), Gerai Larut Malam (GLAM), Kedai Fotostat, Surau, Gimnasium, Dewan Badminton๐ธ, DOBI (paling best sebab ada mesin basuh dan mesin pengering sekali wuhuu๐), mesin ATM Bank Islam (paling penting sebab senang nak cucuk duit keluar hahaha dan tiada kat kolej lain ya hanya di KKM sahaja) dan banyak lagi!
Setelah selesai membuat pendaftaran, Iz mendapat kunci bilik. Iz mendapat bilik di Blok 7 tingkat 5. Jenuh oii nak naik tangga hahaha๐ Tapi, alhamdulillah biliknya memang luas, selesa dan kemas. Keluarga Iz pun tolong lah angkat barang-barang yang macam nak pindah rumah tu๐ Mereka pun tolong kemas dan susun barang.
![]() |
Tak lama lepas tu, rakan sebilik Iz pun tiba. Namanya Ayunie dan berasal dari Pahang.
Jadi, lepas dah siap semuanya, keluarga Iz pun nak bertolak balik ke JB. Bergenang air mata masa ni. Tapi tahan je lah takkan nak nangis depan orang. Hm malu lah nanti๐ Tapi, Iz ni jiwa rock jadi biasalah jiwa kena kental kan, tak boleh nangis depan orang hahaha poyo sangat๐
Kemudian, Iz pun balik ke bilik dan bersedia untuk 'Sesi Ramah Mesra' di kolej kediaman pada pukul 8.30 malam. Sambil-sambil tu berkenalan dengan rakan sebilik. Mula-mula biasalah masing-masing malu kan dan tak lama lepas tu, kami pun selesa antara satu sama lain.
Alhamdulillah, apa-apa pun Iz bersyukur sangat ke hadrat Ilahi kerana bukan mudah untuk capai ke tahap ini. Dapat belajar di tempat yang diimpikan dimana tak semua orang mendapat peluang sebegini๐
Haa nak tahu apa jadi waktu minggu orientasi di UKM yang dikenali sebagai Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) ? Kalau nak tahu, tunggulah post Iz pada masa akan datang ya! Tunggu tau sebab banyak aktiviti dan pengalaman yang menarik yang akan Iz ceritakan ✨
Bye guys! Assalamualaikum.
xoxo, Iz๐
![]() |
Salam UKM ! |
Salam Iz,
ReplyDeleteDah nak abis tulis blog dah baru nak cerita pasal UKM kan hehe..
takpelah better late than never :D
ok , nak baca post seterusnya pulak :P