๐๐ผ ๐ฐ๐ฆ๐ ๐ค.๐ข
Assalamualaikum. Hai Wassup Guys!
Haa kali ni Iz nak cerita apa ye? Nampak seronok sangat kan Spongebob tu๐ Mestilah sebab kali ni Iz nak cerita tentang Minggu Mesra Mahasiswa (MMM)✨ Kiranya macam minggu orientasi lah gitu. MMM dijalankan selama 5 hari bermula 2 September 2019 sehingga 6 September 2019. Setiap kolej mempunyai cara MMM yang tersendiri. Iz nak ceritakan tentang MMM yang dijalankan di Kolej Keris Mas ๐ฏ Haa, Iz nak tunjukkan tentatif program sepanjang MMM.
![]() |
Tentatif sepanjang MMM |
2 September 2019๐ฅ
Pada pukul 8:30 malam, kami diminta untuk pergi ke dewan di kolej bagi 'Sesi Ramah Mesra'. Kami sebagai pelajar baharu diperkenalkan dengan ketua kolej, FELO, barisan Majlis Eksekutif Pelajar (MEP), Lagu UKM (Varisiti Kita dan Ilmu Mutu & Budi) dan lagu Kolej Keris Mas (KKM) ๐ฏ
Kami juga dapat berkenalan dengan Pemudah Cara (PC) ๐ yang ditugaskan untuk membantu kami sepanjang MMM. Bukan itu sahaja, kami juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai PC masing-masing. PC bagi kumpulan Iz ialah Kak Jipa dan Kak Nuha.
![]() |
Barisan Pemudah Cara (PC) KKM |
Kami juga dapat berkenalan dengan Pemudah Cara (PC) ๐ yang ditugaskan untuk membantu kami sepanjang MMM. Bukan itu sahaja, kami juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai PC masing-masing. PC bagi kumpulan Iz ialah Kak Jipa dan Kak Nuha.
3 September 2019 & 4 September 2019๐ฅ
Pada hari kedua dan ketiga dalam MMM, aktiviti yang dijalankan dilakukan di fakulti masing-masing. Iz merupakan pelajar daripada Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) ๐ Fakulti FEP ni berada di antara bangunan PTSL dan bangunan Biologi Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Kiranya dekat aje boleh jalan kaki ๐ถ๐ป♀️Cuma, jauh lah dari kolej yang Iz duduk. Iz perlu naik bas untuk ke fakulti๐
![]() |
Bangunan FEP |
Sepanjang 2 hari di fakulti, banyak program yang dijalankan antaranya ialah 'Explore Race' ๐ Aktiviti ini dijalankan supaya pelajar baharu dapat mengenali barisan pentadbir FEP dan kawasan sekitar FEP. Iz rasa seronok sebab dapat kenal kawan-kawan baharu, maklumat tentang barisan pentadbir dan yang paling menarik adalah aplikasi yang digunakan๐คฉ, iaitu HP Reveal dan Metaverse. Bukan itu sahaja tau, terdapat ceramah yang dijalankan bagi memberi pendedahan berkaitan subjek-subjek dan Citra yang akan diambil. Sangat membantu๐๐ป
Hari ini, pelajar Tahun 1 dikehendaki untuk memakai baju kurung berwarna merah, bertudung putih dan berselempang biru bagi perempuan, manakala berkemeja putih, berseluar hitam dan bertali leher merah bagi lelaki.
Agak-agak kenapa ya? ๐ค Haa hari ini kami akan ke Majlis Ikrar Pelajar Baharu yang diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR). Secara rasminya, Iz menjadi Pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Perasaan semasa mengangkat ikrar tu✋๐ป, memang meremang bulu roma. Rasa macam tak percaya, gementar, gembira, sebak pun ada๐
Agak-agak kenapa ya? ๐ค Haa hari ini kami akan ke Majlis Ikrar Pelajar Baharu yang diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR). Secara rasminya, Iz menjadi Pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Perasaan semasa mengangkat ikrar tu✋๐ป, memang meremang bulu roma. Rasa macam tak percaya, gementar, gembira, sebak pun ada๐
![]() |
Suasana di DECTAR dalam Majlis IKRAR Pelajar Baharu 19/20 |
Selepas tamatnya Majlis Ikrar Pelajar, bermula lah 'Perang DECTAR'. Perang bukan sebarang perang ya hahaha ๐ Tapi bukan yang tembak-tembak tu semua. Perang ini merupakan perang sorakan antara kolej. Jadi, waktu inilah setiap kolej nak tunjukkan kekuatan dan kehebatan sorakan masing-masing๐ฅ Kiranya sudah menjadi satu adat untuk mengadakan 'Perang DECTAR' setiap tahun selepas Majlis Ikrar. Setiap kolej mempunyai alat sorakan dan mafla tersendiri. Bayangkan terdapat 12 kolej di UKM dan haa bayangkan lah betapa bingitnya dan bergema sorakan kolej masing-masing di dalam DECTAR tu. Tapi, memang sangat MERIAH๐ Kemudian, ultras UKM datang dan bersama-sama menyanyikan sorakan UKM๐ Tiba-tiba rasa penyatuan antara semua warga UKM. Sobs sobs๐ข
6 September 2019๐ฅ

Domain Kebudayaan berkaitan dengan seni tari๐๐ป, seni nyanyian๐ถ, seni lakon, seni mempertahankan diri๐คบ dan lain-lain. Jadi, kami pun belajar lah serba sedikit tentang gerakan tarian dan lakonan teater. Domain Kelestarian pula berkaitan dengan alam sekitar๐ด Bila dah berkaitan dengan alam sekitar, haa meronda lah kami satu UKM macam buat 'Explore Race' juga gitu. Lepas tu, tak sangka kumpulan Iz dapat tempat pertama. Wuhuuu๐
Pada waktu malam pula๐, berlangsungnya Majlis Penutup Minggu Mesra Mahasiswa (MMM)๐. Majlis yang sangat meriah sebab ada banyak persembahan daripada setiap kumpulan. Bukan itu sahaja, PC pun ada buat persembahan nyanyian dan sorakan. Tiba-tiba rasa sebak sebab PC ni memang jaga kami 'tiptop'๐๐ป Pesan kat kami, "Jangan lupa makan!" Lepas tu, kipaskan kami guna surat khabar, guna kotak, kipas masa kami panas terutama dalam DECTAR hari tu. Dan macam-macam lagi lah!
Lepas dah habis Majlis Penutup MMM, sambung pulak sorakan daripada 'Perang Dectar' tu bawa pula jadi 'Perang KKM' hahaha๐ Kami terbahagi kepada 2 kumpulan besar, kemudian lawan sorakan. Memang bising rasanya boleh bergegar dewan tu. Lepas tu, PC semua tu masih lagi kipas-kipas kan kami yang tengah bersorak ni walaupun PC tu berpeluh juga. Alahai taktahu nak cakap apa waktu tu tau๐
Haa tengoklah antara video perang sorakan yang Iz sempat ambil sewaktu MMM tu๐ฅ
Lepas habisnya perang sorakan antara kumpulan tu, kami pun bersurai๐ฅฐ Sebelum pulang ke bilik masing-masing, ada yang mengambil gambar dengan para PC sebagai tanda kenang-kenangan✨ Iz pun ada ambil gambar juga hihi๐
Bagi Iz, Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) di UKM memang terbaik dan sempoi✨ Tiada pulak latihan yang teruk-teruk ke atau senior buli junior ke. Tiada langsung. PC memang menjaga kami dengan sangat baik dan sentiasa bertolak ansur dengan kerenah kami๐ฅฐ
MMM ni akan sentiasa menjadi antara memori yang paling manis dan menggembirakan yang akan Iz ingat sampai bila-bila๐ Insya-Allah✨
Sampai sini sahaja, penulisan Iz pada kali ini. Bertemu kita lagi pada post yang akan datang.
Tunggu ya!
Bye guys! Assalamualaikum.
xoxo, Iz๐
![]() |
Salam UKM! |
Kalau masih ingat sampai skrg in details, that means, it must be memorable for you.
ReplyDeleteGlad to know that :D