𝒟𝐼 𝒰𝒦𝑀 𝟥.𝟢
Assalamualaikum. Hai Wassup Guys!
Kali ini Iz nak cerita tentang satu subjek ni yang Iz tiada asas langsung🤦🏻♀️, memang tak pernah belajar daripada sekolah menengah, iaitu subjek Makroekonomi📚Yang kelakarnya, Ekonomi pun tak pernah belajar tetiba terus ambil Makroekonomi. Sepatutnya belajar Mikroekonomi baru lah belajar Makroekonomi. Nampak tak advance sangat hahaha😂 Alhamdulillah, bila pergi kelas, dapat pensyarah yang baik dan memahami bagi kami yang tiada asas dalam subjek Ekonomi, iaitu Puan Laila💖. Beliau memang ajar satu-satu supaya kami faham dan bukan menghafal.
Nak dijadikan cerita, pada 27 November 2019, subjek Makroekonomi ada satu aktiviti yang dipanggil 'EconHunt' 🌴 Ala ala macam 'Treasure Hunt' gitu. Tema EconHunt kali ini lebih kurang macam Mission Impossible😎 Hanya pelajar yang mengambil subjek Makroekonomi sahaja yang terlibat. Jadi, kami dibahagikan kepada 24 kumpulan dan terdapat 11 atau 12 orang ahli bagi setiap kumpulan.
Menariknya EconHunt🌴 ni, tempatnya dijalankan di seluruh UKM. Dimana, peserta akan meneroka 36 lokasi yang ditetapkan di sekitar UKM untuk mencari petunjuk yang telah diberikan. Setiap tempat yang mempunyai petunjuk, terdapat soalan berkaitan Makroekonomi. Petunjuk diberikan melalui aplikasi Telegram, Wickr dan Wire. Petunjuk perlu di 'scan' menggunakan aplikasi HP Reveal. Selepas itu, kami dikehendaki untuk selfie🤳 sebagai bukti bahawa kami telah sampai ke lokasi tersebut🤩
![]() |
Contoh petunjuk yang diberikan |
Kumpulan Iz mempunyai 12 orang ahli dan kami bahagikan kepada 3 kumpulan berdasarkan aplikasi Telegram, Wickr dan Wire untuk mencari petunjuk🔎
![]() |
PTSL |
Lokasi pertama yang Iz pergi ialah di Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL)📚 Sepanjang hampir 3 bulan berada di UKM, ini lah merupakan kali pertama Iz masuk ke dalam perpustakaan tu tau😂 Kalau kat bahagian luar tu dah biasa sangat. Cuma perasaan masa scan kad matriks tu pehhh baru terasa macam pelajar UKM hahaha. Jadi, kami carilah petunjuk tu di dalam perpustakaan tu dan jumpa!
![]() |
Pusanika |

Di sini, kami hanya perlu scan logo UKM untuk dapatkan soalan Makroekonomi dan selfie sahaja. Agak memalukan juga nak selfie sebab banyak kenderaan lalu di Pintu Masuk UKM. HAHAHA tapi kami terpaksa lah tebalkan muka🙈
![]() |
DECTAR |
Haa inilah DECTAR yang Iz ceritakan pada post yang lepas dimana Majlis Ikrar Pelajar Baharu diadakan✨ Di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), kami perlu mencari petunjuk di Pusat Kitar Semula yang terletak di bahagian belakang DECTAR. Selepas itu, barulah kami menaiki bas ke bangunan Fakulti Sains & Teknologi (FST) yang baru.
![]() |
Tadaaa, inilah bangunan baru FST |
Ok, Iz rasa teruja nak cerita hahaha. Bangunan ni memang besar dan cuba teka ada apaaaa? 🤩 Dalam bangunan ni, ada Muzium! Memang lah tak besar macam muzium lain tapi Iz rasa kagum sangat. Tapi, sebenarnya namanya Galeri Sejarah Alam tapi mereka panggil muzium hahaha saja buat gempak😂 Bukan itu sahaja, dekat bahagian belakang pula ada juga tempat membuat coklat tau! Pelajar kat sini panggil 'Kilang Coklat'🍫 Haa bukan biasa-biasa tauuu😜
![]() |
Inilah muzium nya tu😂 |
Haa yang paling Iz terkejut semestinya lah Rangka Gajah ni hahaha😆 Ingatkan galeri ni biasa je lah tak sangka pulak ada rangka gajah beso macam ni haa dalam galeri. Lepas tu, ada pulak haiwan pelik-pelik. Contohnya, Cicak terbang Sumatra, Katak Demam dan banyak lagi lah.
![]() |
Rangka GAJAH🐘 |

Banyak lagi gambar-gambar yang Iz nak tunjuk, tapi macam banyak sangat lah pulak😂 Tapi, jujur Iz memang terkejut dan kagum✨ Yang mana tak pernah datang ke galeri tu, mehlah singgah. Alang-alang dah datang tu, boleh pergi sekali 'Kilang Coklat'🍫 Boleh belajar cara buat coklat dan coklat yang anda buat tu boleh bawa balik tau. Kemudian, lepas dah jumpa petunjuk di muzium tu, apa lagi selfie ler hahaha😂
Lepas habis menerokai bangunan baharu FST ni, kami pun pulang semula ke FEP untuk menyelesaikan soalan-soalan yang telah dijumpai melalui petunjuk yang diberikan📑
Itulah sedikit sebanyak pengalaman yang Iz dapat melalui aktiviti EconHunt🌴 ini. Selain dapat mempelajari tentang Makroekonomi, Iz juga dapat berkenalan dengan rakan baru👫 sebab kumpulan yang ditetapkan ini adalah random dan Iz juga dapat tahu tempat-tempat baharu di fakulti lain dalam UKM🏫
Betullah kata pepatah 'Jauh perjalanan🏞️ luas pengalaman🌠'. Walaupun tak ada lah jauh mana perjalanan tu tapi pengalaman tu tetap dapat🥰
Itu sahaja yang Iz nak cerita pada post kali ini. Harap semua mendapat manfaat membacanya!
Bye guys! Assalamualaikum.
xoxo, Iz💛
![]() |
Salam UKM! |
Wow, siap ada rangka gajah dalam tu.. kne pegi ni :D
ReplyDeletethanks for sharing iz..
since this will be your last posting, i wish you best of luck in final and in future inshaAllah.
Keep fighting! bye!