๐Ÿ‡ฒ​๐Ÿ‡ฎ​๐Ÿ‡ณ​๐Ÿ‡ฆ​๐Ÿ‡น 1.0?



Assalamualaikum. Hai Wassup Guys! 


Hari ni, Iz nak cerita tentang minat. 
Masa lect minta pelajar untuk buat blog dan ceritakan tentang 'MINAT', Iz langsung tiada idea dan pelbagai persoalan bermain di fikiran ni hmmm.
'Minat eh?' 
'Minat yang macamana eh?'
'Minat tu sama dengan minat kat seseorang tu ke hahaha? 
Sebenarnya, Iz pun tak tahu apa yang Iz minat sebab biasanya suka buat semua perkara, semua benda nak cuba tapi tu lah TAKUT dan MALU. Bukan setakat tak ada minat, cita- cita pun tak ada hahaha sedih kan? Tapi takpelah sis ok je hoho ๐Ÿ˜







JENG..JENG..JENG


Tiba-tiba terfikir,banyak je benda yang Iz minat sebenarnya.

Novel BI
MEMBACA + KUMPUL NOVEL
Nampak macam klise kan? Hahaha tapi ni memang betul. Tak kisah lah apa jenis bahan bacaan sekalipun Iz bantai je baca. Kebanyakannya Iz suka baca novel bahasa Inggeris lah. Yelah orang kata kalau nak bahasa Inggeris lebih baik kena baca novel jadi kita pun baca lah. Lama-lama tu rasa seronok pula sampai beli banyak novel macam tu. Itu pun ada lagi yang belum baca ๐Ÿ˜‚
Lagi satu, apa yang best tentang buku ni ialah bau. Pehhh bau buku ni boleh buat ketagihan lagi-lagi buku baru hahaha. Baru rasa semangat nak baca sebab bau dia jenis lain dari yang lain. Hahaha pelik tapi benar. Kalau tak percaya, cer cuba ๐Ÿ˜


Novel BM
Novel Melayu pun Iz ada baca tapi lama dah masa zaman hingusan dulu-dulu. Tapi yang kelakarnya, kebanyakan novel Melayu yang Iz ada semuanya macam budak-budak hahaha ๐Ÿ˜‚ Masa tu kan popular novel-novel dari Ain Maisarah yang kebanyakannya tajuknya siri 'Aku Mahu' Ada 'Aku Mahu Saiz S' 'Aku Mahu Saiz XL' 'Aku Mahu ke New York' 'Aku Mahu Popular' 'Aku Mahu Jadi The Wannababes' dan macam-macam lagi lah ๐Ÿ˜‚. Almaklumlah masa tu tengah meletop-letop novel ni lepas tu ramai pulak kawan-kawan Iz yang baca jadi kami tukar-tukar novel dan ada yang siap tunggu giliran nak baca hahaha teringat pulak zaman-zaman tu. Alaaa lagi satu Iz malas nak baca novel-novel melayu ni sebab ceritanya nanti diadaptasi dari novel dan ditayangkan kat tv juga. Jadi, lebih baik tonton kat tv je sebab jalan cerita pun sama lepas tu boleh tengok sekali pelakon-pelakon yang segak dan comey belako. Kiranya dua dalam satu lah, sambil menyelam  minum air gitchuww. Ye kan ye kan? Hahaha

Apapun, tak kisahlah apa minat anda semua, yang penting ialah minat tu dapat memberi manfaat kepada diri dan orang ramai. Ingat tu!


Ok lah setakat ini sahaja lah perkongsian minat Iz. Sebenarnya banyak lagi yang Iz nak cerita. Tapi, buat masa ni tu jelah dulu ye, kita simpan sikit untuk post yang seterusnya, hehe jangan marah๐Ÿ™ˆ 


Bye guys! Assalamualaikum.
xoxo, Iz ๐Ÿ’›














Comments

  1. Salam Iz,
    Minat We Bare Bears eh :D
    i like your content, very original.
    completed with illustrations and colorful.
    very good job. Keep it up!

    ReplyDelete
  2. Salam, iz samalah sy pun minat jgk kumpul buku nanti boleh kita bertukar2 buku jgk ye heheh

    ReplyDelete

Post a Comment