๐ฒ๐ฎ๐ณ๐ฆ๐น 1.0?
Assalamualaikum. Hai Wassup Guys!
Hari ni, Iz nak cerita tentang minat.
Masa lect minta pelajar untuk buat blog dan ceritakan tentang 'MINAT', Iz langsung tiada idea dan pelbagai persoalan bermain di fikiran ni hmmm.
'Minat eh?'
'Minat yang macamana eh?'
'Minat tu sama dengan minat kat seseorang tu ke hahaha?
Sebenarnya, Iz pun tak tahu apa yang Iz minat sebab biasanya suka buat semua perkara, semua benda nak cuba tapi tu lah TAKUT dan MALU. Bukan setakat tak ada minat, cita- cita pun tak ada hahaha sedih kan? Tapi takpelah sis ok je hoho ๐
JENG..JENG..JENG
Tiba-tiba terfikir,banyak je benda yang Iz minat sebenarnya.
![]() |
Novel BI |
Nampak macam klise kan? Hahaha tapi ni memang betul. Tak kisah lah apa jenis bahan bacaan sekalipun Iz bantai je baca. Kebanyakannya Iz suka baca novel bahasa Inggeris lah. Yelah orang kata kalau nak bahasa Inggeris lebih baik kena baca novel jadi kita pun baca lah. Lama-lama tu rasa seronok pula sampai beli banyak novel macam tu. Itu pun ada lagi yang belum baca ๐
Lagi satu, apa yang best tentang buku ni ialah bau. Pehhh bau buku ni boleh buat ketagihan lagi-lagi buku baru hahaha. Baru rasa semangat nak baca sebab bau dia jenis lain dari yang lain. Hahaha pelik tapi benar. Kalau tak percaya, cer cuba ๐
![]() |
Novel BM |
Apapun, tak kisahlah apa minat anda semua, yang penting ialah minat tu dapat memberi manfaat kepada diri dan orang ramai. Ingat tu!
Ok lah setakat ini sahaja lah perkongsian minat Iz. Sebenarnya banyak lagi yang Iz nak cerita. Tapi, buat masa ni tu jelah dulu ye, kita simpan sikit untuk post yang seterusnya, hehe jangan marah๐
Bye guys! Assalamualaikum.
xoxo, Iz ๐
Salam Iz,
ReplyDeleteMinat We Bare Bears eh :D
i like your content, very original.
completed with illustrations and colorful.
very good job. Keep it up!
Wasalam Madam,
DeleteHaah , hehe thank you Madam.
Salam, iz samalah sy pun minat jgk kumpul buku nanti boleh kita bertukar2 buku jgk ye heheh
ReplyDeleteWasalam Ayunie, Insya-Allah boleh je hehe
Delete